Hassan Ali Hina Abdul Hadi Awang!

Kenyataan Hasan Ali menghina Presiden PAS, kata Mahfuz Omar

Oleh Syed Mu’az Syed Putra January 07, 2012

KUALA LUMPUR, 7 Jan — Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Datuk Dr Hasan Ali telah menghina presiden parti Islam itu kerana mengeluarkan kenyataan “melawan arus” yang tidak sepatutnya dilakukan oleh mana-mana pemimpin.

Menurut Mahfuz, kenyataan Dr Hasan (gambar) yang menolak perhimpunan 901 pada Isnin ini dan menyifatkan ia sebagai perbuatan sia-sia telah menjatuhkan imej dan maruah Datuk Seri Abdul Hadi Awang selaku pemimpin tertinggi parti selain disanjung tinggi oleh pemimpin luar negara.

“Bagi saya beliau (Dr Hasan) menghina presiden PAS…presiden telah mengatakan akan hadir sama dalam perhimpunan itu namun Dr Hasan telah mengeluarkan kenyataan bahawa tindakan itu adalah perkara yang sia-sia.

“Beliau juga mengatakan pergi ke mahkamah adalah perbuatan yang sia-sia, ini adalah satu penghinaan kepada presiden PAS dan satu perkara yang amat memilukan apabila seorang presiden dihina oleh seorang pemimpin yang kononnya menyanjung tinggi ulama namun tiba-tiba mengeluarkan kenyataan yang menghina presiden sendiri,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Dr Hasan, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor sebelum ini berkata menolak perhimpunan 901 an menyifatkannya sebagai perbuatan sia-sia serta memberi kesan tidak baik terutamanya kepada golongan muda.

Beliau berkata ahli PAS tidak perlu menghadiri perhimpunan berkenaan.

Dr Hasan berkata semua pihak termasuk pemimpin yang terlibat harus memikirkan sedalam-dalamnya perkara itu kerana ia memberikan kesan bukan sahaja kepada negara tetapi juga di peringkat antarabangsa.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

Hasan berkata perbicaraan itu telah berlangsung lebih tiga tahun dan Anwar telah diberikan ruang dan peluang yang sepatutnya oleh mahkamah.

Semalam Abdul Hadi berkata akan menyertai perhimpunan 901 menambah ”untuk ahli PAS pula terserah kepada masing-masing.”

Ekoran kenyataan Dr Hasan itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendesak PAS mengambil tindakan sewajarnya terhadap exco kerajaan negeri Selangor itu.

Azmin berkata kenyataan Dr Hasan telah melanggar prinsip dan semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dan beliau tidak sewajarnya berkata demikian.

Esok PAS akan mengadakan mesyuarat bulanan jawatankuasa kerja pusat dan kemungkinan besar isu Dr Hasan akan dibangkitkan.

Tambah Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, PAS akan memanggil Dr Hasan untuk memberikan penjelasan dan tindakan akan diambil dengan mengikut perlembagaan parti.

Beliau menambah tindakan yang akan diambil PAS bukan disebabkan pengaruh atau desakan sesiapa.

“Tindakan PAS tidak berasaskan kepada apa orang cakap, kita buat tindakan mengikut bidang kuasa kita…tindakan ini bukan disebabkan Azmin Ali atau pemimpin lain.

“Begitu juga semasa pertemuan presiden dengan Dr Hasan Ali sebelum ini, ia bukan disuruh oleh sesiapa tetapi adalah tindakan PAS sendiri…kita mempunyai prosedur dan pendirian sendiri,” katanya.

Mahfuz berkata sebarang bentuk hukuman akan diputuskan oleh kepimpinan PAS.

“Apa yang berlaku ini sangat mendukacitakan…ahli merungut dan kecewa dengan tindakan Dr Hasan Ali yang telah merosakkan suasana dalam parti,” katanya. (Malaysian Insider)

 

 

Negara Kita Hanya Terima Suara Katak!

Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta.

Menurut peguam Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya harus melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok.

pro bari poster uia 241011Peguam itu mengesahkan ia bermaksud Aziz boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok.

 

 

 

 

 

 

 

(Malaysiakini)

Setelah didesak, dikritik dan dicemuh, akhirnya UIA terpaksa tarik balik penggantungan tugas ke atas pakar Perlembagaan, Prof. Aziz Bari.  Keputusan ini boleh menggelakkan berlakunya bantahan secara besar-besaran.

Satu dunia sedang ketawakan kita. Pakar bercakap berdasarkan kepakaran dianggap salah. Namanya gah bukan main, Universiti Islam Antarabangsa.  Namun, tindaknya jauh tersimpang. Sikap ampu-mengampu tak sepatutnya tak ada di pusat akademik. Sikap begini bakal menjatuhkan imej institusi itu sendiri.

Jikalau suara pakar pun tidak bebas, suara kita lagilah terkurung. Kita tak akan berjaya mencapai wawasan negara maju sekiranya suara sanjung, suara mengampu dan suara katak-katak sahaja yang dibenarkan berkumandang. Katak-katak bebas bersuara. Tidak ada orang kata salah biarpun suara itu keluar dari otak yang jahil. Fitnah pun boleh, tidak salah, tidak diambil tindakan dan tidak ada laporan polis kerana hak katak-katak diutamakan di negara kita.

Suara pakar, suara ahli akademik walaupun bercakap benar ikut ilmu, dipaksa membisu. Beginikah negara bertamadun?

Jalur Gemilang Dan Negara Malaysia SDN. BHD.

Kesian aku kepada Pak Menteri berjiwa seni yang seorang ini. Setiap kali menjelang bulan kemerdekaan beliau akan mengajak segenap lapisan masyarakat mengibarkan bendera Malaysia.  Malangnya, sambutan yang diterima tersangat dingin. Bahkan ada yang memperli lagi dengan menggantung bendera dengan kepala ke bawah seperti keluang yang bergayut pada dahan.

Sudah hilangkah semangat patriotisme di kalangan rakyat kita? Menggantung bendera di hujung rumah pun tidak boleh dilakukan? Kerjanya bukan sulit,  bahkan semudah menggantung seluar dalam di tepi jendela.  Gantung seluar dalam lagi susah. Seluar dalam boleh dijadikan tontonan ramai, kenapa tidak bendera negara? Malu sangatkah mengibarkan bendera di hujung rumah? Jikalau tidak susah, tidak malu, kenapa tidak digantungnya?

Hanya gantungkan saja, tidak perlu dikibar-kibarkan sebagaimana permintaan Pak Menteri. Kibarkan bendera biar jadi tugas angin. kita tidak bisa mengibarkan bendera selama sebulan lamanya. Sekejap-sekejap seperti menyambut ketibaan pemimpin tidak jadi masalah. Berbulan-bulan kibarannya biar diserahkan kepada angin.

Kenapa liat sangat? Ini mesti tiada semangat patriotisme?

Jikalau Tuah masih hidup, nescaya hulubalang Melaka ini akan bertempik: “Cis, ke mana hilangnya perasaan cintakan tanah air di hati kalian semua!”

Jikalau Mohamad Sabu mendengar, dia akan segera menyahut: Cis, pahlawan pondan, diamlah kamu!”

Berani sungguh Mohamad Sabu mengelar sahabat karib Jebat pahlwan pondan semata-mata dia serahkan bini kepada sultan yang ditaatinya dengan jiwa raga. Jikalau Jebat masih hidup, Jebat akan cabar Mohamad Sabu: “Cis, kamu mahu mati seperti aku?” Maka Jebat pun diampunkan dan tuduhan penderhaka ditarik balik kerana menengking Mohamad Sabu.

Semangat patriotisme masih ada di hati rakyat Malaysia. Semangat itu tidak pernah hilang,  masih gilang gemilang seperti Jalur Gemilang.  Malahan seratus kali lebih gemilang kerana Jalur Gemilang diberinya nama oleh Umno. Sedangkan gemilang semangat patriotisme di hati rakyat adalah semangat semulajadi. Apabila umno hilang gemilang, semua benda yang diberinya nama oleh Umno hilang gemilang. Semuanya jadi pudar, kusam dan masam.

Cuba seruan kibarkan bendera Malaysia tidak dilakukan oleh pemimpin Umno, aku yakin ramai yang akan kibarkan bendera.  Atau kalau mahu kepastian, minta pemimpin Umno larang rakyat kibarkan bendera, katakan saja bahawa kibarkan bendera tidak perlu sama sekali, aku berani sumpah, seluruh bangunan di Kuala Lumpur dipenuhi bendera Malaysia.  Kenderaan-kenderaan juga akan dihiasi bendera Malaysia. Bahkan orangnya pun akan berselimut bendera sepanjang hari. Silap-silap akan ada demontrasi perarakan bendera Malaysia setiap minggu sepanjang bulan Ogos. Asalkan tidak ada kaitan dengan kerajaan BN, semangat rakyat akan berkobar. Namun, apabila BN masuk campur, semangat pudar, kendur dan kecut habis.

Kenapa begini? Kerana rakyat benci pemimpin Umno-BN. Atau lebih tepat benci kepada dasar kerajaan BN. Apa-apa yang berkaitan dengan kerajaan BN atau dikaitkan dengan pemimpinnya, dibenci sehingga ke sum-sum tulang.  Kerajaan BN dengan bendera dua perkara yang berbeza?  Memang betul. tiada siapa membantah. dua perkara yang tidak sama. Satu di langit, satu lagi di bumi. Bendera lambang negara. Negara milik kita semua. BN parti politik. Parti BN tidak dianggotai semua rakyat.

Punca musibahnya kerana Umno-BN telah “menghakmilikkan” negara Malaysia. Rakyat umpama menumpang. Semua dasar ditentukan oleh BN walaupun BN pilihan rakyat. Rakyat memberi kuasa kepada BN. Akan tetapi setelahj berkuasa, BN lupakan rakyat. BN bina negara tanpa pedulikan kehendak rakyat seolah-olah rakyat tidak berhak ke atas negara mereka. Itulah punca segala kebencian rakyat kepada seruan Pak Menteri agar kibarkan Jalur Gemilang.

Oleh sebab tersedar akan punca inilah maka Perdana Menteri menyeru pemimpin BN mendekati rakyat dan menyelesaikan masalah mereka dengan ikhlas. Seperti biasa, seperti BN era Mahathir dan Pak Lah, apabila sang ketua menyeru, maka bersahut-sahutan orang bawahan seruan tersebut. Cuma sahut-sahutan, kerjanya seperti biasa, tidak berjalan. Kalau berjalan pun sekejap saja umpama hangat-hangat pengantin baru. Sekali pancut, hilang hangatnya.

Aku pun rakyat. Aku bukan tinggal di gunung. Aku tinggal di kota yang mudah dihubungi, tetapi aku tidak pernah melihat kelibat pemimpin BN datang ke tempat aku.  Mungkin tempat aku tidak disukai pemimpin BN. Aku pun telefon beberapa orang kawan. Jawapannya sama. Tempat mereka juga tidak pernah didatangi pemimpin BN. Mungkin secara kebetulan semua tempat itu tidak digemari pemimpin BN. Habis tempat yang bagaimana yang disukai? Sepengetahuan aku, setiap tempat ada pemimpin BN yang ditugaskan mendekati rakyat, tetapi tempat aku tiada?

Mungkin kedatangan mereka aku tidak ketahui. Aku bukan Tuhan yang bisa mengetahui semua perkara. Namun, kedatangan pemimpin ke sesuatu kawasan seharusnya dikhabarkan kepada semua penghuni kawasaan tersebut. Atau BN masih menggunakan modus operandi lama – memanggil kaum kerabat sahaja untuk berjumpa pemimpin agar peruntukan, jikalau dihulurkan, tidak perlu dikongsi terlalu ramai orang.

Cukuplah memperjuangkan perut sendiri. Perut rakyat juga harus diisi.  Cukuplah melakar dasar berpandu pada kehendak parti dan pemimpin tertingginya, kehendak rakyat perlu diambil kira. Cukuplah menjadikan Malaysia negara “Sendirian Berhad” kerana rakyat juga berhak ke atas tanah air mereka.

Selagi BN tidak betul-betul menghayati seruan Perdana Menteri, tidak benar-benar melakukannya dengan ikhalas,  bukan bendera Malaysia, tetapi bendera BN yang akan hilang tempat kibarannya.

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong

Titah Khas Yang di-Pertuan Agong

2011/07/03

 

ISTANA Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) pada 9 Julai ini. 

Berikut adalah teks penuh Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan kumpulan BERSIH untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan menyerahkan memorandum kepada beta selaku Yang di-Pertuan Agong dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terbabit.

 Namun, beta yakin kepemimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat dalam negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.
Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu ‘Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran’.

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanaan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.  (Berita Harian)

Saf Pimpinan Baru PAS Merunsingkan UMNO

“Saf pimpinan baru PAS” yang lahir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 ini disifatkan sebagai gandingan yang paling merunsingkan UMNO. 

Dengan empat pimpinan tertinggi yang dipilih, iaitu Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar sebagai Naib Presiden, pilihan sedemikian ditafsir sebagai kebijaksanaan perwakilan untuk meletakkan pemimpin di tempat yang sesuai. Demikianlah ulasan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS,  Hu Phang Chow. (MerdekaReview) 

Saf kepimpinan baru Pas bukan setakat merunsingkan Umno, bahkan bakal menghumban Umno ke hujung dunia.  Inilah barisan yang bakal menyebabkan Umno terkencing dalam seluar. Harapan perpaduan musnah sama sekali.

Sejak PRU yang lalu, Umno seperti ayam hendak bertelur kerana mahu bekerjasama dengan Pas. Walaupun ditolak berkali-kali, Umno tetap berusaha. Wakil dihantar berjumpa pemimpin tertinggi Pas, soal agama dan bangsa Melayu diungkit dan yang terakhir jawatan Menteri ditawarkan, tetapi tetap kempunan. 

Hampir setiap minggu disiarkan “kebaikan” kerjasama Umno-Pas dalam akhbar Utusan Melayu dan Berita Harian bagi “memancing” hati pemimpin Pas. Hanya pemimpin Pas yang hilang waras sahaja sanggup bekerjasama dengan Umno. Ini kerana  Pas pernah memberikan pelbagai label negatif kepada Umno. 

Parti komponen BN pun sudah muak dengan Umno. Penyokongnya berduyun-duyun melarikan diri. Luarannya masih “pegang jawatan” dalam parti, tetapi dalamnya telah keluar BN. Mereka menunggu masa “meletupkan bom politik” agar Umno terus bungkus. Ramai orang Umno sekarang  ini tidak berapa matang. Mereka marah Lim Kit Siang, benci Karpal Singh dan meluat dengan DAP tetapi halau Cina dan India balik negeri. Mereka terlupa atau buat-buat lupa bahawa ramai penyokong BN terdiri daripada Cina dan India. Parti komponen seperti MCA, Gerakan dan MIC akan mati tanpa sokongan Cina dan India. Oleh itu, keceluparan pemimpin dan penyokong Umno membikin parti komponen terluka kesakitan. Bagaimana mungkin BN mampu kekal kukuh dalam keadaan begini?

Ahli-ahli parti komponen BN kini bagaikan tentera yang sedang bersiap sedia dengan senjata yang muncungnya menghala ke arah Umno. Adakah umno akan berdiam diri. Umno pun mengarahkan tenteranya melakukan perkara yang sama. Dalam PRU Ke-13 orang BN akan berbunuhan sama sendiri.

Kerana Umno merasakan BN tidak akan kekal lama, maka mereka berusaha untuk bersatu dengan Pas.

Umno tahu dalam Pas ada pemimpin yang kemaruk jawatan. Oleh itu, pelbagai umpan dihulurkan.  Namun, atas kebijaksanaan perwakilan, pemimpin yang bersedia jadi “tali hayat” Umno telah diundurkan dan digantikan oleh pemimpin “anti Umno/BN”. Barangkali perwakilan dapat menghidu penyokong bukan Melayu Pas yang sedang berkira-kira untuk menolak Pas sekiranya parti Islam itu bekerjasama dengan Umno.

Penyokong Pas sebenarnya turut bimbang sekiranya Pas bekerjasama dengan Umno. Bukan kerana takut “perpaduan Melayu”, tetapi kerana benci kepada Umno yang umpama “anjing tersepit”. Pas tentulah tidak mahu “melepaskan anjing tersepit dan digigit untuk kali kedua.

Maka pemilihan barisan kepimpinan baru Pas cukup melegakan. Mat Sabu, Salahuddin, Husam dan Mahfuz merupakan pemimpin harapan rakyat bagi menakluki Putrajaya bersama Pakatan Rakyat. Mereka ini tokoh sederhana yang dilihat memahami kehendak semasa orang Islam dan bukan Islam.

 

 

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.