“Saf pimpinan baru PAS” yang lahir menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 ini disifatkan sebagai gandingan yang paling merunsingkan UMNO.
Dengan empat pimpinan tertinggi yang dipilih, iaitu Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar sebagai Naib Presiden, pilihan sedemikian ditafsir sebagai kebijaksanaan perwakilan untuk meletakkan pemimpin di tempat yang sesuai. Demikianlah ulasan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Hu Phang Chow. (MerdekaReview)
Saf kepimpinan baru Pas bukan setakat merunsingkan Umno, bahkan bakal menghumban Umno ke hujung dunia. Inilah barisan yang bakal menyebabkan Umno terkencing dalam seluar. Harapan perpaduan musnah sama sekali.
Sejak PRU yang lalu, Umno seperti ayam hendak bertelur kerana mahu bekerjasama dengan Pas. Walaupun ditolak berkali-kali, Umno tetap berusaha. Wakil dihantar berjumpa pemimpin tertinggi Pas, soal agama dan bangsa Melayu diungkit dan yang terakhir jawatan Menteri ditawarkan, tetapi tetap kempunan.
Hampir setiap minggu disiarkan “kebaikan” kerjasama Umno-Pas dalam akhbar Utusan Melayu dan Berita Harian bagi “memancing” hati pemimpin Pas. Hanya pemimpin Pas yang hilang waras sahaja sanggup bekerjasama dengan Umno. Ini kerana Pas pernah memberikan pelbagai label negatif kepada Umno.
Parti komponen BN pun sudah muak dengan Umno. Penyokongnya berduyun-duyun melarikan diri. Luarannya masih “pegang jawatan” dalam parti, tetapi dalamnya telah keluar BN. Mereka menunggu masa “meletupkan bom politik” agar Umno terus bungkus. Ramai orang Umno sekarang ini tidak berapa matang. Mereka marah Lim Kit Siang, benci Karpal Singh dan meluat dengan DAP tetapi halau Cina dan India balik negeri. Mereka terlupa atau buat-buat lupa bahawa ramai penyokong BN terdiri daripada Cina dan India. Parti komponen seperti MCA, Gerakan dan MIC akan mati tanpa sokongan Cina dan India. Oleh itu, keceluparan pemimpin dan penyokong Umno membikin parti komponen terluka kesakitan. Bagaimana mungkin BN mampu kekal kukuh dalam keadaan begini?
Ahli-ahli parti komponen BN kini bagaikan tentera yang sedang bersiap sedia dengan senjata yang muncungnya menghala ke arah Umno. Adakah umno akan berdiam diri. Umno pun mengarahkan tenteranya melakukan perkara yang sama. Dalam PRU Ke-13 orang BN akan berbunuhan sama sendiri.
Kerana Umno merasakan BN tidak akan kekal lama, maka mereka berusaha untuk bersatu dengan Pas.
Umno tahu dalam Pas ada pemimpin yang kemaruk jawatan. Oleh itu, pelbagai umpan dihulurkan. Namun, atas kebijaksanaan perwakilan, pemimpin yang bersedia jadi “tali hayat” Umno telah diundurkan dan digantikan oleh pemimpin “anti Umno/BN”. Barangkali perwakilan dapat menghidu penyokong bukan Melayu Pas yang sedang berkira-kira untuk menolak Pas sekiranya parti Islam itu bekerjasama dengan Umno.
Penyokong Pas sebenarnya turut bimbang sekiranya Pas bekerjasama dengan Umno. Bukan kerana takut “perpaduan Melayu”, tetapi kerana benci kepada Umno yang umpama “anjing tersepit”. Pas tentulah tidak mahu “melepaskan anjing tersepit dan digigit untuk kali kedua.
Maka pemilihan barisan kepimpinan baru Pas cukup melegakan. Mat Sabu, Salahuddin, Husam dan Mahfuz merupakan pemimpin harapan rakyat bagi menakluki Putrajaya bersama Pakatan Rakyat. Mereka ini tokoh sederhana yang dilihat memahami kehendak semasa orang Islam dan bukan Islam.
Filed under: Politik


Shahin satu